Setem Wajib Tonton

Posted by Joey Mie On July 16, 2009

FKabir Bhatia dalam percubaan pertama untuk filem komedi. Sememangnya beliau amat hebat dalam filem unsur romantik. Namun adakah untuk filem komedi beliau berjaya. Kabir menggunakan pelakon-pelakon hebat seperti Afdlin, Rashidi, Vanidah Imran, Sathia, dan ramai lagi. Lawak yang fresh itulah setem. Baca review Suhaimi

Syurga Cinta Mesej Dewasa Sahaja

Posted by Joey Mie On Jun 5, 2009

Filem ini menampilkan Awal dan juga Heliza sebagai pendukung utama filem. Filem ini sarat dengan mesej-mesej Islam dalam perhubungan percintaan. Namun, ada beberapa dialog kontroversi dalam filem ini yang mungkin tidak sesuai untuk remaja mahupun kanak-kanak. Adakah ia bagi kesan ? Baca review Suhaimi ?

Setem : Komedi Satu Malaysia

Dari Otak Joey Mie On Tuesday, July 14, 2009
Kalaulah anda hendak masuk panggung wayang dan menikmati komedi yang tak dipaksa-paksa dan membuatkan anda bukan sahaja memahami jalan cerita malah bergelak ketawa, Setem ialah filem yang wajib anda tonton 30 Julai 2009 ini.




Naratif cerita black comedy berkaitan Setem digabungkan dengan beberapa adegan aksi jenayah sememangnya menghasilkan impak kepada penonton selepas 1 jam 50 minit menontonnya. Malah, anda bagaikan tidak terasa 1 jam 50 minit dan meronta-ronta mahu lebih banyak lagi aksi lawak selepas tamat filem tersebut. Hatta, aku masih lagi terngiang-ngiang dalam kepala setiap lawak yang dicetuskan oleh Sathia, Chew Kin Wah dan jugak beberapa watak lain yang berjaya membuatkan aku tidak dipaksa gelak sebaliknya aku sendiri ketawa bagai nak pecah perut. Sampai Suhaimi duduk kat seat tepi sekali kat dinding panggung. Dinding menjadi mangsa ketukan Suhaimi dek kerana tak tahan sangat kelucuan digambarkan dalam filem Setem!

Review Setem


- 10 minit pertama mungkin serba sedikit gagal untuk menarik minat anda kerana jalan cerita yang gagal bagi catchy buat penonton mungkin kerana banyak faktor seperti shot yang kurang menarik iaitu hanya statik movement daripada kamera terutama ketika Charles berucap, kecuali intro sejarah setem yang menggunakan kaedah grafik ala-ala National Treasure yang hebat. Keseluruhannya selepas adegan Joe (Afdlin) dipukul Pak Ramli (Aziz Sattar) mungkin anda tidak mampu berganjak selepas itu kerana filem itu terasa kehangatnya dengan pelbagai kelucuan daripada setiap pelakon.



- Jalinan cerita daripada Kabir Bhatia seperti lazimnya amat digarap dengan baik tanpa cacat cela kerana seperti filem Cinta di mana empat kisah cinta yang berlainan dapat dijalinkan membentuk satu filem, begitu juga Setem daripada kisah beberapa Geng iaitu Geng Tosai, Anak Yatim, Piranha, Bakso dan Teraniaya yang dikembangkan melalui jalan cerita tersendiri akhirnya bertemu dalam misi pencarian Setem.

- Filem komedi Kabir Bhatia ini, Suhaimi rasakan seperti juga menonton filem komedi Afdlin Shauki, pendekatan mungkin sedikit sama dengan cerita Afdlin, Los dan Faun. Dialog antara Joe (Afdlin) dan Sid (Rashidi) juga menunjukkan seperti ia adalah cara Afdlin menulis . Penggunaan “bro” antara Joe dan Sid sedikit janggal berbanding filem Cuci atau Los dan Faun dimana nampak lebih chemistry apabila diucapkan perkataan bro antara Afdlin dengan AC Mizal mahupun Hans Isaac. Mungkin watak Rashidi yang “serius dalam cool” (digambarkan apabila kebanyakkannya Sid tidak memandang Joe bila bercakap) menyebabkan garapan tidak kemas antara mereka berdua.

- Persoalan dan jawapan yang akhirnya terungkap di akhir filem. Ini merupakan kelebihan Kabir Bhatia dalam setiap filemya, seperti juga Sepi bagaimana setiap sebab dan musabab adalah perkaitan yang memerlukan jawapan, Setem jua disulami dengan karya sebegitu. Suhaimi tertanya kenapa watak Soffi Jikan sebagai mat rempit bertindak cool di awal cerita. Motonya disimbah cat pun rilek lagi. Rupanya di akhir filem kita tahu apa yang berlaku. Soffi Jikan lanyakkan kereta Joe (Afdlin). Kenapa? Aku tak nak spoiler kan..Kena tengok sendiri..



- Kalau sinematografi di awal cerita membosankan jangan terkejut kalau anda akan jumpa shot-shot serdahana di tengah cerita. Shot filem genre romantik (kepakaran Kabir) mungkin tidak sesuai dalam filem yang ada adegan aksi seperti Setem. Gerakan lembab lensa kamera dalam aksi yang genting sedikit sebanyak mengganggu mood aku untuk menghayati adegan aksi tersebut. Namun, aku rasa ia lebih baik berbanding adegan tembak menembak dalam Gerak Khas (larikkkk)…Tapi adegan pendatang Indonesia masuk Malaysia sikit nampak macam Gerak Khas. Ada menarik. Shot yang menarik dari angle superb gile. Aku suka shot (angle dari blakang) smpai la fokus ke Sid (Rashidi Ishak) dan Joe (Afdlin Shauki) baru sampai kat rumah anak yatim (depan rumah) untuk jumpa Pak Ramli (Aziz Sattar). Pak Ramli bagi misi khas tue...ape die..Nantikan di pawagam

- Watak Sathia sebagai Vellu berjaya menghidupkan cerita Setem dengan lawak berkeyakinan tinggi. Sathia berjaya menggunakan teknik lawaknya yang selamba, hadir pada waktu yang sesuai dan kena pada cara. Lawak yang diulang tetap mencuit hati penonton kerana Kabir pandai menyusun tempoh lawak itu perlu hadir. Sebagai contoh, “awak gunalah kuasa awak…” mungkin ada 3 kali tapi tetap boleh buat anda gelak.



- Watak yang Chew sebagai Uncle ketua geng piranha juga merupakan watak paling aku gemari dalam watak ini. Aku orang utara, dan aku rasa sebutan Cina loghat Utara yang dikeluarkan oleh watak beliau amat hebat dalam genre black komedi. Serius dan lawak itu ialah black komedi..Dialog paling aku tak boleh lupa ialah “Hang gila, buat cara lain, aku sayang kapal terbang aku”. Dalam serius ada lawak tepat dengan dialog yang digambarkan..Aku tengok macam Stephen Chow punya lawak. Minat filem Stephen Chow? Ini juga anda pasti minat.

- Kalau filem Malaysia ketandusan adegan bom meletup, filem Setem ialah filem anda ingin lihat rumah meletup. Walaupun tidaklah sehebat Hollywood namun, hasilnya pada peringkat awal boleh dianggap percubaan okay!



- Kalau sebelum ini Azwan Ali berlakon dalam filem komedi pun korang bergelak ketawa, mungkin ini masanya Azwan Ali gaya lakonannya ‘vogue’ dan meletop.

- Alliya (Vanidah Imran) dan Is (Que Haidar) sebagai adik dan kakak yang tampak kesannya..Kalau korang nak tengok Que Haidar wajah versi tidak matang, mungkin inilah masanya.Kerana ramai memuji (dalam preview) kecomelan wajah Que Haidar.

- Perkataan yang mungkin anda ungkapkan selepas preview ialah “Bravo”. Itu juga yang terjadi dalam panggung wayang selepas preview di GSC Tropicana Mall. Bravo daripada para media. Memang berbaloi.

- Filem “heist” yang ada unsur natural suspens dan pada yang sama memperjudikan lawak di saat suspens. Susah untuk bagi orang gelak cara begini namun, hasil Setem memang berbaloi atas keberjayaannya. Contoh, lawak di saat Mani (Indi Nadarajah) sedang mengarahkan Alliyah dan Is ada unsur lawak menjadi..

- Isma Yusoof melakonkan watak sebagai orang Indonesia yang lurus bendul memang menjadi. Harun Salim Bachik sebagai Marcello, aku tergelak besar isu ketika beliau call orang nak jualkan setem. “Jelo, bukan Jelo, Marcello”.



- Benda ini aku nak tulis jugak walaupun aku baca review orang lain dah tulis. Memang watak Mani ada sedikit kejanggalan di awal cerita iaitu seakan membaca skrip. Bukan penghayatan yang dilakonkan jelas ketara ketika watak sepatutnya aku boleh gelak kuat-kuat tapi aku gelak sikit je. Skrip kepada pegawai penjara "Len kali aku masuk sebab aku bunuh kau". Boleh dijadikan bahan lawak ala black comedy yg perfect tapi gagal digarap oleh Mani.

- Ajami Hashim (Thank for inviting and info me) kata filem ini Black Comedy Satu Malaysia. Yes kenapa Malaysian style, ada semua bangsa dalam filem Melayu ini ada lawak dari kaum India,Cina dan Melayu. So back to old style, P.Ramlee suka ada kesemua bangsa dalam filemnya…Ade apek lawak, ada ceti India.Sekarang filem Melayu jarang ada but guess what, Setem bawakannya di masa konsep Satu Malaysia oleh kerajaan.

Blogger lain katanya?

AJAMI HASHIM


tontonfilem afiqsays marimerepek mykerabukerang nurul-dsp hazelrose79 adamarjuna thewanonly silaserazwanali cartoonrama amyikram cutecurry azmin-kuminpunya katasuhaimimaizura-tbm adenium nununhana

-Love Ocean 12, National Treasure, The Bank Job ini merupakan filem anda wajib tonton Keseluhuran **** Plot ***** Cerita **** Dialog **** Sinematografi ***

0 Response to "Setem : Komedi Satu Malaysia"

Post a Comment

VIDEO TERHANGAT

Trailer Filem SETEM

MAKLUMAN TERKINI

MULAI 26 OGOS 2009 Blog KATASUHAIMI tidak lagi akan update review filem terbaru mahupun bentuk penulisan aktiviti dunia hiburan kerana telah berpindah semula ke http://zosaw.blogspot.com yang lebih padat dengan info dan menarik!

Terbaru Dari Otakku

Komen Terkini